Gambar via Polis (IPD) Shah Alam

Pemandu Lori Terbabas Dalam Video Tular Positif Methaphetamine, Dipercayai Tertidur Lalu Gagal Kawal Kenderaan

syafiq halim

Sejak semalam, tular satu rakaman video yang memaparkan sebuah lori yang hilang kawalan dan terbalik yang berlaku di lokasi KM10.9 Lebuhraya NKVE (arah ke Subang).

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh Polis (IPD) Shah Alam, kemalangan yang berlaku lebih kurang jam 8:30 pagi. Siasatan awal mendapati bahawa lori jenis Hino yang dipandu seorang lelaki berumur 33 tahun telah hilang kawalan secara tiba-tiba.

Gambar via Polis (IPD) Shah Alam

Menurut Pemangku Ketua Polis Daerah Shah Alam, Superintendan Ramsay anak Embol, selang beberapa minit datang sebuah motosikal dari arah yang sama dan gagal mengelak lalu melanggar lori berkenaan.

Gambar via Polis (IPD) Shah Alam

Pemandu itu juga telah menjalani ujian saringan air kencing dan didapati positif methaphetamnine.

Kes juga disiasat di bawah Seksyen 45 APJ 1987- memandu kenderaan semasa dibawah pengaruh dadah bagi kesalahan trafik.

Gambar via Polis (IPD) Shah Alam

Sumber: