PUTRAJAYA, 10 Sept – 8,176 pemandu bas sekolah yang mendaftar di portal prihatin.apad.gov.my dari 5 hingga 23 Ogos lalu layak menerima bantuan PRIHATIN RM600 (Pemandu Bas Sekolah) mulai 11 September, esok.
Difahamkan, pembayaran tersebut akan dikreditkan terus ke akaun pemandu, umum Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) menerusi ciapan di Twitter hari ini.
“(Manakala) bagi pemohon yang mengemaskini maklumat selepas 23 Ogos 2020, pembayaran dijangka pada akhir bulan September 2020.
“Kepada pemandu yang masih belum mendaftar di portal PRIHATIN APAD, anda dinasihatkan untuk segera berbuat demikian,” kata kenyataan itu lagi.

Sumber: Agensi Pengangkutan Awam Darat