Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri berkata, pemakaian pelitup muka di sekolah adalah tidak diwajibkan.
”Pemakaian pelitup muka adalah tidak diwajibkan dan pihak sekolah hanya perlu menyediakan pelitup muka sekiranya terdapat pelajar dan kakitangan sekolah yang menunjukkan gejala semasa sesi persekolahan,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan mengenai perkembangan Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang dikeluarkan menerusi Majlis Keselamatan Negara hari ini.
Sebelum itu, berdasarkan Garis Panduan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), pihak sekolah hanya perlu memastikan penyediaan sabun atau hand sanitizer, melakukan saringan gejala serta imbasan suhu badan.
Sumber: Majlis Keselamatan Negara