pemakaian baju seragam
Gambar Via Bernama

Pemakaian Baju Seragam Sekolah Diwajibkan Semula Mulai 12 Jun – Radzi Jidin

Sofea

Pemakaian baju seragam sekolah diwajibkan semula mulai sesi persekolahan penggal kedua 12 Jun 2022 ini.

Perkara tersebut telah dimaklumkan oleh Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin dalam sidang media khas hari ini.

Menurutnya, ia termasuklah berkaitan dengan rambut panjang.

“Kita bagi kelonggaran sehingga 12 Jun 2022, murid diwajibkan memakai pakaian seragam sekolah seperti mana mereka pakai selama ini sebelum datangnya pandemik COVID-19.

“Jadi bermula 12 Jun ini, ketetapan berkaitan pemakaian termasuklah rambut dan sebagainya itu adalah ketetapan di mana sebelum datangnya pandemik COVID-19,” katanya.

Menerusi sidang media khas itu, beliau juga memaklumkan bahawa ibu bapa sudah dibenarkan melawat anak mereka di asrama mulai 1 Mei ini.

“Sebelum ini tidak dibenarkan, ibu bapa kena hantar barang di pagar sekolah tetapi sekarang ini apabila ketetapan baharu ini berkuat kuasa, maka kita benarkan ibu bapa untuk menghantar barang-barang atau pun melawat anak mereka di sekolah berasrama,” katanya.

Sumber: Bernama