pemain tenis india maut ditembak bapa
Gambar: PTI

Pemain Tenis India Maut Ditembak Bapa

Iqbal Yasir

Pemain Tenis India Maut Ditembak Bapa

Pemain tenis India, Radhika Yadav maut selepas ditembak oleh bapanya di kediaman mereka di Gurugram Khamis lalu, lapor ESPN.

Radhika sebelum ini merupakan pemain dalam kategori perseorangan dan beregu di bawah naungan Persekutuan Tenis Antarabangsa (ITF) sebelum beralih kepada kerjaya sebagai jurulatih

Polis Gurugram berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kematian mangsa daripada sebuah hospital swasta.

Menurut laporan polis (FIR), kejadian dipercayai berlaku apabila bapa mangsa berang dengan tindakan anaknya untuk meneruskan pengurusan akademi tenis di bandar itu meskipun telah dilarang olehnya.

Sementara itu, laman web ITF memaklumkan, Radhika telah bermain 36 perlawanan perseorangan dan tujuh perlawanan beregu di bawah naungan ITF dalam kerjayanya.

Kali terakhir dia bermain perseorangan pada Mac 2024 dan beregu pada Jun 2023.

Selepas lebih setahun tidak menyertai kejohanan antarabangsa, Radhika kembali aktif namun sebagai jurulatih di akademinya di Gurugram.

“Bapanya kecewa kerana sering diejek oleh penduduk setempat berkaitan pendapatan anak perempuannya.

“Dia terganggu berasa dengan kata-kata mereka yang sering mengatakan rumah itu hanya mampu ditanggung dengan duit anaknya, dan dia terlalu bergantung kepada pendapatan tersebut.

“Dia pernah berkali-kali menyuruh Radhika berhenti bekerja di akademi, tetapi dia enggan,” kata Pegawai Inspektor India, Vino.

Menurut laporan polis menerusi NDTV , bapa mangsa membuat pengakuan telah menembak anaknya tiga kali dari belakang kerana menolak menutup akademi walaupun telah diarahkan berulang kali.

Sumber: ESPN

BACA: KKM Komited Kekal Tenaga Perubatan Berkhidmat Dalam Negara, Percepat Lantikan Tetap