pemain naturalisasi indonesia lagu
Gambar: X @idextratime

Pemain Naturalisasi Indonesia Pulun Hadam Lagu Kebangsaan Indonesia

Iqbal Yasir

Pemain Naturalisasi Indonesia Pulun Hadam Lagu Kebangsaan Indonesia

Sebelum menjejakkan kaki dalam perlawanan, pemain naturalisasi Indonesia mencuri perhatian ramai selepas dilihat bersemangat menghafal lagu kebangsaan Indonesia bersama pemain-pemain lain.

Menerusi video tular yang dimuat naik Extra Time Indonesia @idextratime di platform X, beberapa pemain indonesia termasuk pemain tempatan menyanyikan lagu berkenaan bersama-sama di dalam bilik persalinan.

Salah seorang daripada pemain naturalisasi berkenaan meletakkan tangan di bahagian dada kiri sebagai simbolik “demi lencana di dada”.

Klip berkenaan telah mendapat hampir 500,000 tontonan dengan lebih 10,000 tanda ‘suka’ dan pelbagai komen daripada pengguna.

Indonesia turun menentang Iraq dalam pusingan Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 pada petang ini.

Skuad Garuda Merah itu kini dijangka melayakkan diri ke peringkat seterusnya selepas mengumpul tujuh mata di tangga ke-2 dalam dalam Kumpulan F.

Sementara itu, Iraq mendahului carta kumpulan dengan mengumpul 13 mata selain Vietnam di tangga ke-3 dengan tiga mata dan Filipina mengumpul satu mata.

Indonesia B23 Hampir Layak Ke Olimpik Paris 2024

Sebelum ini, skuad Indonesia Bawah 23 Tahun(B23) hampir menempah tiket ke Olimpik Paris 2024 selepas tewas 0-1 ditangan Guinea B23 dalam perlawanan playoff.

Bermain di Stadium Stade Pierre-Pibarot, Shin Tae Yong menurunkan kesebelasan terbaik skuad Indonesia menentang Guinea dengan beberapa perubahan dilakukan dalam misi melayakkan diri untuk slot Olimpik Paris 2024.

BACA: Macam “Real”, Lelaki Ni Ulas Video Olimpik Cilik Buat Ramai Pecah Perut

Pada minit ke-18 skuad Garuda mendapat peluang mencetak gol namun sepakan kaki kanan Prima Arhan terlalu lemah dan penjaga gol lawan Soumaila Sylla mudah menangkap bola.

Bagaimanapun, kesilapan Witan mengasari pemain Algassima Bah di dalam kotak penalti membawa padah apabila dihadiahkan sepakan penalti oleh pengadil Francois Letexier.

Ilaix Moriba tenang menyudahkan sepakan tersebut menewaskan penjaga gol Ernando Ari untuk meletakkan Guinea di depan dengan 1-0.

Kemenangan itu menyaksikan Guinea melengkapkan 16 pasukan yang bakal berentap dalam temasya itu, dengan Guinea diletakkan dalam Kumpulan A bersama tiga lagi pasukan, Amerika Syarikat, New Zealand dan tuan rumah Perancis.

Sumber: X @idextratime