Pemain England Patut Lega Dengan Kekalahan Ini, Tak Perlu Warnakan Rambut Seperti Phil Foden

Azmil

SSeperti semua tahu, awal pagi tadi pasukan Itali telah dinobatkan sebagai Juara Eropah yang baharu selepas memenangi perlawanan akhir EURO 2020 menewaskan England dengan keputusan 3-2 dalam penentuan sepakan penalti.

Perlawanan diheret ke masa tambahan selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 hasil jaringan awal Luke Shaw dan gol penyamaan dari Leonardo Bonucci. Kedua-dua pasukan gagal menemui penyudah sepanjang 120 minit perlawanan dan terpaksa ditentukan dalam penentuan sepakan penalti.

Gianluigi Donnarumma dan Jordan Pickford menunjukkan aksi cemerlang dalam penentuan sepakan penalti apabila kedua-dua penjaga gol berjaya menepis keluar dua sepakan manakala sepakan Rashford tersasar.

Penantian 55 tahun England kemarau trofi antarabangsa dengan laungan “It’s Coming Home” masih belum terlunas walaupun perlawanan akhir kali ini berlangsung di Wembley dan dihadapan lebih 60,000 penyokong mereka sendiri.

Gareth Southgate dikritik hebat apabila membenarkan pemain berusia 19 tahun, Bukayo Saka untuk mengambil sepakan penalti terakhir yang berjaya ditepis Donnarumma sekaligus mengesahkan kejuaraan Itali.

Namun, penulis merasakan ada hikmahnya kenapa skuad England perlu lega dengan tewas perlawanan akhir kali ini. Ini kerana, sebelum perlawanan Phil Foden menuntut rakan sepasukan untuk mewarnakan rambut seperti beliau jika England menjuarai EURO2020 kali ini.

Dengan kekalahan pasukan England, maka pemain-pemain sudah terlepas dari janji itu dan boleh menarik nafas lega untuk tidak mewarnakan rambut seperti Phil Foden.

Penentuan sepakan penalti yang berlangsung selepas 120 minit permainan sangat dramatik apabila sepakan untuk Itali diambil oleh Berardi, Belotti, Bernardeschi, Bonucci dan Jorginho. tetapi Belotti dan Jorginho gagal menyempurnakan sepakan tersebut selepas dinafikan oleh Pickford.

Manakala, untuk skuad England, mereka meletakkan Harry Kane, Maguire, Rashford, Sancho dan Bukayo Saka sebagai pengambil sepakan penalti. Malangnya, Rashford, Sancho dan Saka gagal menyempurnakan sepakan dan terus menganugerahkan Itali sebagai ‘Raja Eropah’ hari ini.

Ramai berdebat selepas perlawanan pagi tadi, mengapa Gareth Southgate lebih memilih Bukayo Saka berbanding Jordan Henderson yang lebih berpengalaman mengambil sepakan penalti di Liverpool. Malah, Henderson dikeluarkan di saat akhir bagi memberi laluan Rashford dan Sancho masuk 2 minit sebelum tamat tambahan masa walaupun Henderson baru sahaja dimasukkan.

Buat pasukan Itali, sudah tentu ini kejayaan paling manis buat anak-anak buah Roberto Mancini. Beliau mempertaruhkan dua orang kuda tua di kubu pertahanan iaitu Bonucci dan Chielinni ternyata membuahkan hasil. Dengan ditambah kecemerlangan Gianluigi Donnarumma sehingga dinobat sebagai pemain terbaik kejohanan EURO2020 kali ini. Itali tidak pernah tewas dalam 34 perlawanan terakhir mereka dalam semua kejohanan dan hanya bolos 11 gol dalam tempoh itu.

Kredit: Guardian