
Pelbagai jenis pemadam yang mengandungi bahan kimia pengganggu endokrin (EDCs) yang dijual di negeri ini sehingga boleh menyebabkan masalah kesihatan.
Memetik ringkas laporan Bernama, pemadam-pemadam buatan China itu yang mempunyai ciri-ciri khayalan seperti bentuk lucu, watak kartun dan bau buahan yang boleh menarik kanak-kanak meletakkannya ke dalam mulut mereka.
Menurut laporan Plastics, EDCs and Health mendapati EDCs dikaitkan dengan gangguan neurologi dan tingkah laku, obesiti, disfungsi metabolik, gangguan reproduktif serta kanser sensatif hormon.
Memetik laporan Hello Doktor pula, Phthalate adalah salah satu contoh bahan kimia pengganggu endokrin (endocrine-disrupting chemicals) yang menjadikan plastik lembut dan mudah lentur. Phthalate biasanya dijumpai dalam makanan dan sebenarnya, sukar untuk kita menghindarinya.
‘Endocrine-disrupting chemicals’ boleh berada dalam makanan dan minuman yang diambil setiap hari kerana ia digunakan dalam peralatan pemprosesan dan pembungkusan makanan.
Berita lanjut menyusul
Sumber: Bernama