CALIFORNIA – Seorang peluncur lelaki maut selepas diserang ikan jerung pada malam Krismas di Teluk Morro, di sini. Mangsa dikatakan seorang ahli papan luncur yang berusia 31 tahun.
Menurut polis, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Identiti mangsa masih belum dikenal pasti.
Sementara itu, pengunjung telah dinasihatkan untuk tidak berada di dalam air dalam tempoh 24 jam.
Menurut Los Angeles Times, mangsa telah dibantu oleh peluncur wanita yang mengheretnya ke pantai.
Sumber: Malaysia Gazette