Tidak hanya mencuri pakaian dalam wanita, suspek pencurian di Dusun Krajan, Desa Sempu, Kabupaten Sempu, Banyuwangi, Indonesia ini juga turut dilaporkan sempat mencuri anak patung.
Menurut portal Detik.com, suspek didakwa turut melakukan perbuatan seks menggunakan anak patung yang dicuri itu.
Penduduk setempat dilaporkan telah menemui anak patung itu dibuang tidak jauh dari tempat menjemur pakaian.
Anak patung tersebut juga ditemui dengan kesan terkoyak di bahagian celah kangkangnya.
Penduduk yang menemui patung tersebut mendapati bahawa terdapat cecair seperti air mani melekat di bahagian yang terkoyak itu.
Perkara tersebut didedahkan sendiri oleh Erni, seorang penduduk setempat yang telah kehilangan puluhan seluar dalam miliknya.
“Selain mengambil pakaian dalam, anak patung saya juga diambil dan didapati terkoyak pada bahagian tengahnya. Saya tidak tahu apa nak buat. Ianya terkoyak tepat pada sekitar Miss V,” kata Erni kepada wartawan.
Erni mengesyaki bahawa anak patungnya itu mungkin sudah ditiduri oleh suspek. Ianya kerana, ketika ditemui, terdapat lubang yang terkoyak serta lendir cecair yang menyerupai air mani.
“Ya, mungkin suspek ini meniduri anak patung saya. Kemudian ketika saya tengok betul-betul pada patung itu, terdapat cecair seperti lendir. Menjijikkan,” ujar Erni.
Erni mengesyaki bahawa pencuri seluar dalam itu mempunyai masalah mental. Selain mencuri, dia juga nekad untuk melakukan hubungan seks dengan anak patungnya.
Penduduk setempat berasa terganggu dengan kejadian kecurian seluar dalam tersebut. Para penduduk mengakui bahawa mereka telah kehilangan pakaian dalam wanita sebanyak beberapa kali sejak 7 bulan yang lalu.
Kejadian itu telah membuatkan penduduk tempatan rasa tidak tenteram. Ianya kerana setiap kali mereka hendak menjemur pakaian, mereka perlu menjaganya kerana khuatir akan pencuri tersebut.
Sumber: Detik.com