Pele: Tragedi Kanjuruhan Adalah Bencana Terbesar Sejarah Sepak Bola Dunia

Pele Ratapi Tragedi Kanjuruhan, “Perit Kekalahan Tak Patut Hilangkan Kasih Sayang Sesama Manusia”

Shafikah

Pele Ratapi Tragedi Kanjuruhan, “Perit Kekalahan Tak Patut Hilangkan Kasih Sayang Sesama Manusia”

Komuniti bola sepak dunia baru-baru ini digemparkan dengan tragedi rusuhan penyokong di Kanjuruhan, Indonesia yang menyaksikan lebih 125 nyawa terkorban. Tragedi berkenaan ternyata begitu dekat dengan hati banyak pihak, antaranya bintang bola sepak dan juga lagenda Brazil, Pele.

Terkesan dengan tragedi tersebut, beliau turut berkongsi rasa hiba dan simpatinya dengan memuat naik satu hantaran di akaun akaun Instagram miliknya.

Pele: Tragedi Kanjuruhan Adalah Bencana Terbesar Sejarah Sepak Bola Dunia
Kredit: Pele

“Pada hujung minggu lalu, kita telah menyaksikan salah satu tragedi terbesar dalam sejarah bola sepak. Sekurang-kurangnya 125 maut, dan 32 daripadanya merupakan kanak-kanak (data awal).

“Saya mendoakan keamanan dan kasih sayang untuk seluruh rakyat Indonesia,” kata Pele, yang pernah memenangi tiga trofi Piala Dunia bersama pasukan kebangsaannya.

Beliau turut menegaskan biarpun kekalahan itu amat menyakitkan, namun ia bukan lesen untuk kita bertindak ganas hingga hilang rasa kasih sesama manusia.

“Sukan sepatutnya menjadi simbol kasih sayang,” tambah Pele.

Tragedi Kanjuruhan berlaku selepas penyokong tuan rumah dilapor menceroboh masuk padang, dipercayai akibat rasa tidak puas hati Arema Fc tewas 2-3 kepada Paserbaya.

Bagi menyuraikan rusuhan tersebut, polis dilapor melepaskan tembakan gas pemedih mata ke arah penonton, termasuk yang masih berada di tempat duduk penonton. Keadaan itu dikatakan telah menimbulkan suasana panik, dimana orang ramai mula bergegas keluar dari stadium bagi menyelamatkan diri.

BACA: Syarikat Penerbangan Domestik Setuju Tambah Frekuensi Penerbangan

Sumber: CNN Indonesia