Menerusi satu ciapan laman Twitter Jabatan Penerangan Malaysia memaklumkan kepada semua pelawat yang ingin memasuki Sarawak dari Sabah dan Labuan perlu memohon untuk memasuki negeri Bumi Kenyalang itu.
Permohonan boleh dibuat menerusi aplikasi telefon pintar “Enter Sarawak” dan melampirkan keputusan saringan “Reverse Transcript – Polymerase Chain Reaction” atau (RT-PCR) sebelum tarikh perjalanan.
Aplikasi EnterSarawak boleh dimuat turun di Google Play Store dan Apple App Store.
Sumber: Jabatan Penerangan