Pelawak terkenal dan popular Korea, Park Ji Sun ditemui tidak bernyawa bersama ibunya di rumah mereka yang terletak di Mapo-Gu.
Menurut Polis Daerah Mapo, kedua-dua mayat tersebut ditemui di dalam kediaman mereka pada 1.44 tengah hari pada 2 November 2020 lalu.
Kejadian tersebut disedari oleh ayahnya kerana dia berasa curiga dengan anaknya yang tidak menjawab panggilan telefonnya. Sejurus itu, dia menelefon polis untuk memeriksa di kediaman anak perempuannya.
Malangnya, pihak polis menjumpai mayat ibu dan anak ini dan mengesahkan tiada unsur jenayah ditemui di kediaman mangsa setakat ini. Bagaimanapun, kes ini masih di dalam siasatan.
Park Ji Sun merupakan pelawak terkenal di seluruh negara sejak tahun 2007, apabila berada di dalam rancangan Weekly Idol dan mangsa sepatutnya bakal tampil sekali lagi dalam sebuah rancangan di KBS.
Sumber: Soompi