Pelantikan Hafizuddeain ditangguh
Gambar: Bernama

Pelantikan Hafizuddeain Sebagai Panglima Angkatan Tentera Ditangguh – Khaled Nordin

Iqbal Yasir

Pelantikan Hafizuddeain Sebagai Panglima Angkatan Tentera Ditangguh – Khaled Nordin

KUALA LUMPUR — Pelaksanaan keputusan Mesyuarat Majlis Angkatan Tentera ke-631 mengenai pelantikan Jeneral Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan sebagai Panglima Angkatan Tentera ditangguhkan.

Menurut Menteri Pertahanan, Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin, beliau telah diarahkan bercuti bagi membolehkan proses siasatan pihak berkuasa dijalankan terhadap dakwaan yang telah dilaporkan melibatkan beliau.

“Pemangkuan tugas Panglima Angkatan Tentera akan dilaksanakan oleh Laksamana Tan Sri (Dr.) Zulhelmy bin Ithnain, Panglima Tentera Laut sebagaimana pengumuman yang telah dibuat pada 27 Disember 2025,” katanya.

Tambah Khaled, kementerian itu menegaskan bahawa langkah-langkah yang diambil ini bertujuan menjunjung kedaulatan undang-undang, memelihara integriti ATM serta memastikan tanggungjawab mempertahankan kedaulatan negara terus dilaksanakan dengan berkesan.

Sementara itu, Kementerian Pertahanan hari ini turut mengumumkan pelantikan Leftenan Jeneral Dato’ Azhan Hj Md Othman sebagai Panglima Tentera Darat ke-31 yang berkuat kuasa pada 1 Januari 2026.

Pelantikan tersebut dibuat selaras dengan keputusan Mesyuarat Majlis Angkatan Tentera ke-631 pada 19 November 2025 dan telah diperkenankan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim pada 1 Disember 2025.

Jelas beliau, pelantikan itu diyakini mampu memperkukuh kepimpinan Tentera Darat Malaysia serta meningkatkan keupayaan operasi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam memenuhi tuntutan pertahanan negara pada masa kini dan akan datang.

Sumber: Bernama TV

BACA: Panglima Tentera Darat Cuti Untuk Siasatan – Menteri Pertahanan