Washington — SpaceX gagal melancarkan kapal angkasa pada Rabu lepas, yang buat pertama kalinya membawa manusia ke Stesen Luar Angkasa Antarabangsa.
Kapal angkasa dari syarikat milik jutawan Elon Musk itu gagal dilancarkan di Kennedy Space Center di Floride kerana keadaan cuaca yang buruk. Walapun segala persediaan telah pun dibuat dan dua angkasawan Nasa iaitu Bob Behnken dan Doug Hurley sudah pun berada di dalam kapsul.
17 minit sebelum pelancaran, SpaceX memutuskan untuk membatalkan pelancaran kapal angksawa tersebut. Perancangan awal SpaceX, roket sepatutnya dilancarkan pada 4:33 petang waktu Amerika Timur.
Laporan dari pegawai cuaca di Amerika Syarikat mengatakan terdapat ancaman ribut petir di sekitar pusat Angkasa Kennedy di Florida.
Oleh yang demikian, SpaceX dan Nasa terpaksa menunggu beberapa hari untuk mendapatkan cuaca yang baik. Dan menurut perancangan yang lain, SpaceX akan mencuba sekali lagi pada hari Sabtu.
Misi kali ini merupakan detik bersejarah untuk Amerika kerana ia merupakan percubaan kali pertama angkasawan Amerika di bawa ke angkasa lepas melalui tanah Amerika sejak lebih sedekad lalu. Sebelum ini Amerika hanya ‘mengirim’ angkasawan mereka melalui kapal angkasa Rusia.
Sumber: inews.id