Kementerian Kesihatan Malaysia memaklumkan bahawa peningkatan kes Covid-19 di enam buah negeri yang diumumkan perlaksaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat daripada pergerakan rentas daerah.
Hal ini dimaklumakan oleh Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu sidang media hari ini. Kerajaan hari ini mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di 6 negeri termasuk Kedah, Pahang, Perak, Negeri Sembilan, Perlis dan Terengganu kerana berlaku peningkatan kes Covid-19.
Sumber: KKM