
Pelakon filem dan televisyen Amerika Syarikat, Estelle Harris dilaporkan telah meninggal dunia pada usia 93 tahun, lapor BBC.
Kematiannya itu disahkan oleh ejennya, Michael Eisenstadt pada petang Sabtu lalu.
Beliau meninggalkan tiga orang anak, tiga orang cucu dan seorang cicit. Bagaimanapun, maklumat lanjut mengenai kematiannya tidak didedahkan.
Selain terkenal dengan watak Estelle Costanza dalam sitkom Seinfeld yang ditayangkan pada tahun 1990-an, mendiang juga menyumbangkan suara untuk watak animasi dalam Toy Story 2 iaitu Mrs Potato Head.
Dilahirkan pada 22 April 1928 di New York, Estelle Harris turut dibesarkan di Pittsburgh Tarentum, Pennsylvania, di mana bapanya memiliki kedai gula-gula.
Harris dikatakan mula mencungkil bakat komedinya dalam produksi sekolah menengah ketika dia menyedari bahawa dia boleh membuat penonton menjadi ‘histeria’.
Memetik laporan The Guardian, kemunculan sulung Harris di Seinfeld adalah ketika salah satu episod paling terkenal dalam rancangan itu iaitu “Anugerah Emmy 1992”.
Dia muncul dalam berpuluh-puluh episod sepanjang lima musimnya di sitkom itu.
Selepas sembilan musim, Harris meneruskan kerjayanya di pentas dan di skrin dalam banyak peranan lain.
Dia pernah membawa watak berulang Muriel dalam sitkom Disney popular ‘The Suite Life of Zack & Cody’.
Sumber: BBC