pelakon the walking dead
Kredit: IG itskelleymack

Pelakon “The Walking Dead”, Kelley Mack Meninggal Dunia

Sofea

Pelakon “The Walking Dead”, Kelley Mack Meninggal Dunia

Pelakon yang terkenal dalam drama bersiri “The Walking Dead”, Kelley Mack dilaporkan telah meninggal dunia pada usia 33 tahun.

Mack atau nama sebenarnya Kelley Klebenow meninggal dunia di kampung halamannya di Cincinnati pada Sabtu. Menurut CNN, mendiang menghembuskan nafas terakhir selepas bertarung dengan masalah glioma sistem saraf pusat.

Glioma adalah sejenis tumor yang menjejaskan otak atau saraf tunjang.

“Dengan rasa penuh kesedihan, kami ingin memaklumkan mengenai pemergian Kelley yang kami sayangi,” kata kapsyen di Instagram pelakon itu pada Selasa.

BACA: Hulk Hogan Meninggal Dunia

Ramai yang mengucapkan takziah atas pemergian mendiang termasuk rakan rapat, rakan sekerja dan peminatnya.

“Dia manusia yang luar biasa. Saya sangat bangga dapat berjuang bersamanya dalam episod terakhir,” tulis Alanna Masterson, yang juga membintangi “The Walking Dead”.

Selain siri zombi popular itu, Mack juga muncul dalam “Chicago Med” musim 8 dengan memegang watak Penelope Jacobs.

Mendiang juga turut terlibat dalam iklan komersial dengan menyumbangkan suaranya. Difahamkan, Mack mula meminati bidang ini selepas menerima kamera video mini sebagai hadiah hari jadi pada zaman kanak-kanaknya. Dia juga mula berlakon dalam iklan selepas itu.

“Kelley terkenal dengan sifat yang mesra, kreatif dan sentiasa memberi sokongan tidak berbelah bahagi kepada orang di sekelilingnya.

“Keghairahan dan dedikasinya terhadap kerja memberi inspirasi kepada orang lain dalam industri ini,” kata kenyataan di laman CaringBridge.

BACA JUGA: Ozzy Osbourne Meninggal Dunia

Menelusuri kisah hidupnya, Mack menamatkan zaman sekolah di Hinsdale Central High School. Beliau selepas itu mendapat ijazah sarjana muda dalam bidang sinematografi dari Kolej Seni Filem dan Media Dodge Universiti Chapman di Orange, California.

“Warisan Kelley akan terus hidup melalui sumbangannya kepada filem dan televisyen, serta dalam hati mereka yang menyayanginya.

“Dia akan dirindui selama-lamanya kerana bakat, kebaikan dan semangatnya yang kuat, kata kenyataan itu lagi.

Sumber: CNN

BACA JUGA: (Video) Tak Sangka, Filem ‘The Walking Dead’ Buat Ujibakat Jalan Cara Zombi Buat Ramai Terhibur