Pelakon, Azhan Rani dilaporkan telah terlibat dalam kemalangan jalan raya membabitkan motosikal dalam kejadian pada tengah hari semalam.
Perkara itu telah dimaklumkan oleh sahabat baiknya yang juga pelakon terkenal, Beto Kusyairy di Instagram beliau hari ini. Walau bagaimanapun, menurutnya Azhan kini berada dalam keadaan stabil selepas menerima rawatan.
Ujarnya lagi, Azhan juga memohon maaf kepada semua kenalan dan pihak media yang menghubunginya secara peribadi kerana dia tidak dapat menjawab panggilan dan mesej buat sementara waktu.
Pun begitu, Beto tidak mendedahkan lebih lanjut mengenai kemalangan tersebut.
Dalam pada itu, rakan-rakan artis yang membaca perkongsian tersebut rata-ratanya terkejut dan berkesempatan untuk mendoakannya supaya cepat sembuh.


Sumber: Beto Kusyairy