
Pelakon TV Tamil terkenal, VJ Chitra ditemui maut di sebuah hotel lima bintang di Nazarethpettai Chennai. Beliau terkenal dengan watak Mullai dalam sebuah rancangan popular yang berjudul Pandian Stores.
Menurut laporan media, mangsa yang berusia 29 tahun itu ditemui dalam keadaan tergantung pada kipas siling di dalam bilik hotel berkenaan selepas selesai sesi penggambaran pada pukul 2.30 pagi.
Menurut pegawai polis Nazrathpettai, mereka masih menjalankan siasatan kes kematian pelakon tersebut.
Hemanth, tunang kepada VJ Chitra berkata, mangsa ingin pulang ke hotel untuk segarkan badan sebelum mereka bertemu semula. Namun setelah lama menunggu, Hemanth meminta pekerja hotel untuk membuka bilik mangsa dan didapati sudah tidak sedarkan diri.
VJ Chitra juga merupakan pengacara terkenal di pelbagai saluran dalam industri seni Tamil. Pelakon ini juga memiliki peminat yang besar selepas mucul dalam siri rancangan Pandian Stores.
Kematian selebriti iin telah membuatkan ramai peminatnya kecewa dan berduka sehinggakan di laman Twitter ‘trending’ dengan nama VJ Chitra. Laman media sosial dipenuhi denngan ucapan daripada peminatnya yang meratapi kehilangan artis kesayangan mereka.
Sumber: India Today