Pelakon terkenal Bollywood, Irffan Khan dilaporkan telah meninggal dunia di hospital Mumbai pada hari ini disebabkan kanser yang dihidapinya, lapor Tribune India.
Pelakon berusia 54 tahun itu didiagnosis menghidap tumor neuroendokrin pada tahun 2018. Beliau dimasukkan ke unit rawatan rapi di hospital Kokilaben Dhirubhai Ambani dengan jangkitan usus besar.
Menurut laporan India Today, ibu kepada Irrfan juga telah meninggal dunia pada Sabtu lalu.
Irrfan memulakan karier seni dalam dunia Bollywood dengan filem Salaam Bombay pada tahun 1988 dan sejak itu beliau berlakon dalam banyak filem. Beliau juga pernah berlakon di dalam filem-filem Hollywood seperti Jurassic World, Life Of Pi dan Slumdog Millionaire.
Sumber: Tribune India, India Today