Pelakon Black Panther, Chadwick Boseman dilaporkan meninggal dunia pada Jumaat akibat kanser, lapor CBC.
Menurut CBC, bintang filem Hollywood yang berusia 43 tahun itu telah meninggal dunia di rumahnya yang terletak di Los Angeles, Amerika Syarikat.
Boseman dilaporkan menghidapi kanser usus sejak empat tahun lalu, kata keluarganya dalam satu kenyataan.
Walau bagaimanapun, Boseman dilaporkan tidak pernah bercakap secara terbuka berkenaan sakit yang dihidapinya itu.
Sumber: CBC