Hero Hollywood terkenal dalam filem Batman dan Twilight, Robert Pattinson dilaporkan positif Covid-19.
Vanity Fair Produksi berkata, sesi penggambaran ‘The Batman’ terpaksa ditangguhkan buat seketika ekoran superhero tersebut disahkan positif Covid-19 dan kini telah dikuarantinkan menurut protokol yang ditetapkan.
Sesi penggambaran filem tersebut yang bermula sejak September tahun lalu tertangguh hingga Mac tahun ini susulan pandemik Covid-19. Filem ini dijadualkan akan diterbit pada Oktober 2021.
Pattison merupakan bintang Hollywood terkini yang dilaporkan dijangkiti wabak ini. Sebelum ini, pelakon terkenal, Dwayne Johnson turut dijangkiti Covid-19 menerusi status di laman Instagramnya namun telah sembuh sepenuhnya.
Sumber: Bernama