
Pelajar Tingkatan Tiga Maut Digilis Lori
Seorang pelajar Tingkatan Tiga maut digilis sebuah lori selepas motosikal yang ditungganginya disyaki gagal memotong kenderaan tersebut, petik Sinar Harian.
Menurut Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed, kejadian itu berlaku di Kampung Gertak Serong, Tendong pada pagi Khamis.
Kata Kama, mangsa, Muhammad Solahuddin Semadi, 15, maut di lokasi kejadian selepas mengalami kecederaan parah di bahagian kepala.
Pada jam 9.30 pagi, Pejabat Pertanyaan Trafik Ibu Pejabat Polis telah menerima laporan berhubung kejadian.
Mangsa yang berada di belakang lori dikatakan cuba untuk memotong dari arah kiri jalan.
Namun, mangsa dipercayai telah terbabas dan terjatuh sebelum digilis lori akibat gagal memotong kenderaan itu.
Sementara itu, pemandu lori terbabit, 44, memberitahu bahawa dia tidak mengetahui kehadiran remaja berkenaan sebelum kejadian itu berlaku.
Susulan itu, mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala sebelum disahkan maut di tempat kejadian.
“Mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Pasir Mas untuk bedah siasat dan kes disiasat bawah Seksyen 41 (1) APJ 1987.
“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian tersebut boleh membantu siasatan dengan menghubungi Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Pasir Mas di talian 09-7900280,” jelasnya lagi.
BACA: “Terlalu ‘Amerika’…” – Mat Saleh Kongsi Pandangan KL Bukan ‘Malaysia Sebenar’
BACA: Sahabat Kongsi Momen Terakhir Bersama Khairil Anwar Buat Ramai Sebak
BACA: Sahabat Kongsi Momen Terakhir Bersama Khairil Anwar Buat Ramai Sebak
Sumber: Sinar Harian