KUALA PILAH – Seorang pelajar yang pulang ke rumah selepas menduduki peperiksaan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di sebuah sekolah di sini maut apabila motosikal yang ditunggangnya merempuh sebuah kereta berhampiran Kampung Gedang, Terachi tengahari tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Seri Menanti, Mohd Sharif Ahmad berkata, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian dalam kemalangan pada jam 1:40 tengah hari Selasa (30 Nov) di sepanjang jalan Seri Menanti-Ulu Bendul.
“Pemandu kereta itu mengalami patah kaki dan cedera di muka dan dada,” katanya dalam satu kenyataan.
Mohd Sharif berkata, pemandu yang berusia 29 tahun itu terpaksa dikeluarkan dari kenderaan dan kemudian dihantar ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah bagi mendapatkan rawatan.
Sumber: The Star