Pelajar Hidap ‘Learning Disorder’ Menangis Luah Perasaan, Selalu Dibelasah Sampai Takut Nak Ke Sekolah

Edayu

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Masalah buli bukan isu baru dalam kalangan pelajar sekolah. Mengejek dan ‘membahan’ merupakan salah satu isu buli. Namun, sebagai ibu bapa, adakah kita peka dengan keadaan anak di sekolah?

Isu buli ini diibaratkan tiada penghujungnya ekoran banyak laporan mengenai kes-kes berkaitan gejala ini.

Terbaru, menerusi laman Twitter seorang ahli perubatan Dr Anayasmin Azmi menceritakan pengalaman bertemu dengan pelajar yang merupakan mangsa buli di sekolah. Sayu dan sedih mendengar luahan hati pelajar ini, tambah-tambah lagi apabila rakan-rakan di sekolah mengejek dan memukul mangsa.

Semoga perkongsian ini membuka mata semua orang terutamanya ibu bapa agar mereka lebih peka dengan kelakuan anak-anak di rumah.

Mulia betul hati mu dik,

Walau ada ‘learning disorder’ tapi EQ sangat tinggi.. Kelmarin, masa saya ditugas di hospital daerah. Tak tahu kenapa, kalau nombor pesakit yang last, selalu ada saja ‘keunikannya’..

Ammar (bukan nama sebenar) masuk dengan ayahnya. Di surat rujukan tertulis ‘referred for possible learning disoder’. Dalam sesi yg agak panjang tu, saya nampak bila tanya pasal keluarga, tanya pasal sekolah. Dia memandang ayahnya dan dia cepat-cepat geleng kepala.

“Takde apa.. Ok je..” Dia jawab ringkas.

Saya tak sedap hati. “Dia ni kena dera ke.. Macam takut je dengan ayah dia”

“Encik, boleh saya bercakap dgn Ammar sahaja sebentar?”

“Boleh doktor” si ayah keluar dr bilik. Tiada nampak keberatan.. Ayahnya ok sahaja.

Terus berderai air mata Ammar. Ammar ni pelajar sekolah menengah. Saiznya seolah pelajar darjah 4-5.

“Ammar nak cerita apa-apa pada doktor?” sedu berterusan tak dpt berkata.

Lagi saya suspicious. Setelah tenang dia pun cakap..

Siapa tumbuk? “Ramai.. Semua kawan-kawan sama tingkatan”

Saya terbayang tubuh kecil ni dikerumun budak sek menengah saiz besar.. Allah..

Setelah saya explore situasi PEMBULIAN di sekolah tu, saya explore pula situasi dirumah..

“Kat rumah ok? Doktor nampak macam Ammar takut je dgn ayah..”

“Bukan takut.. Saya kesian pada mak ayah ada anak BODOH macam saya….”

Sedu makin kuat..

“Jiwanya tetap mulia.. Dia tak nak susahkan ayah dan ibunya. Dalam masa sama dia tanggung sorang..”

Gambar Sekadar Hiasan

Diorang tak pernah pukul saya.. Tetap sayang dan jaga saya. Abang dan adik saya semua pandai, diorang masuk asrama.. Saya tak sanggup nak cerita semua ni.. Saya tak nak susahkan mak ayah.. Lagi-lagi ayah.

Ayah susah hari-hari ke sungai nak sara kami.. Saya patutnya tak lahir dalam keluarga ni..”

Air mata saya sedikit bergenang.. Walau Ammar memang ada ‘Learning Disorder’ yang sangat significant..

Jiwanya tetap mulia.. Dia tak nak susahkan ayah dan ibunya. Dalam masa sama dia tanggung sorang..

Dia pun ada cakap.. Dia rindu abang dan adiknya yang lama tak balik di asrama sebab Covid-19 tak boleh balik selalu. Dengan izin Ammar (setelah saya terangkan), saya jumpa pula ayahnya.

“Bila saya cerita, ayahnya mengalir air mata disebalik mask..”

Ayahnya tak tahu langsung perkara ni. Dia akui dia ada juga tinggi suara sebab ammar taknak ke sekolah.. Rupanya ini sebabnya…

Ayah juga cakap.. Ammar buat semua kerja rumah, sidai kain, sapu tanpa disuruh.. Walau dia anak istimewa tapi ayahnya tahu anak inilah yang akan bersamanya ketika tua kelak.

Untuk Ammar, tindakan selanjutnya telah dibuat. Pengajaran? Terpulang pada kita yang membaca ni..

Saya? – Banyak yang saya insafi. Boleh saya minta bantuan sahabat semua untuk RT.. sebab depression and bully in kids are REAL.

#HikmahdisebalikMusibah #bulyisreal #depressionisreal

Sumber: Dr Anayasmin Azmi