Pelajar Baru Selesai Konvo Jangka Gaji Sesuai Antara RM3-5k Sebulan
Menamatkan pengajian universiti adalah pencapaian besar, di mana ia menandakan akhir perjalanan akademik dan permulaan baru dalam kehidupan.
Semasa menyambung pelajaran, kita biasanya akan memilih bidang yang menawarkan peluang pekerjaan yang banyak dan ganji yang tinggi.
Bagaimanapun, ada yang berpendapat gaji yang diterima oleh lepasan universiti daripada pekerjaan sektor tertentu sebagai rendah dan tidak sesuai dengan ekonomi semasa.
Baru-baru ini, Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) berkesempatan menemubual beberapa pelajar universiti berkenaan gaji yang sesuai untuk mereka yang baru bergraduasi.
Temubual berkenaan kemudian dimuat naik di akaun TikTok UMPSA @umpsamalaysia dan segera menarik perhatian ramai.
Graduan berpendapat gaji sesuai RM3-5k sebulan
“Berapa anggaran gaji yang anda rasa sesuai selepas konvokesyen ini?” soal penemubual kepada beberapa graduan terpilih.
Daripada jawapan yang diberikan, rata-rata pelajar meletakkan tangga gaji yang sesuai yang diterima antara RM2,500 hingga RM3,500 sebulan.
Tangga gaji berkenaan boleh disifatkan sebagai sesuai dan wajar ditawarkan oleh majikan kepada graduan universiti.
Namun begitu, ada juga yang meletakkan gaji yang sesuai yang diterima jauh lebih tinggi iaitu sehingga RM5,000.
Video berdurasi kira-kira 1:39 saat itu pantas menjadi viral dan menerima reaksi berbeza-besa daripada warga maya.
Realiti gaji tidak setinggi yang dijangka
Walaupun mereka tidak membantah pendapat yang diberikan, namun mereka meminta para graduan memahami realiti semasa tentang gaji yang tidak seindah dan setinggi disangkakan.
Menurut warga maya, realitinya ada majikan yang lebih mementingkan pengalaman bekerja sebagai syarat utama untuk diberikan gaji yang lebih tinggi.
Selain itu, para graduan juga perlu meletakkan fokus kepada persaingan sengit untuk mendapatkan pekerjaan terlebih dahulu.
Oleh itu, merekauntuk terus melengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran yang diperlukan supaya lebih menyerlah berbanding lepasan universiti yang lain.
BACA: Lirik “Catchy”, Lagu APT Masuk Senarai ‘Dilarang Dengar’ Untuk Pelajar Korea Selatan
BACA: Bukan Saja-saja, Ini Rupanya Sebab Botol Pil Preskripsi Biasanya Berwarna Jingga
BACA: Ini Maksud Sebalik Mantera Buka & Tutup Pintu Gua Dalam Filem Ali Baba Bujang Lapok
Sumber: @umpsamalaysia via TikTok