Seorang lelaki warga Bangladesh dipercayai telah meninggal dunia di dalam bilik tidur di sebuah asrama di Klang pagi tadi.
Menurut kiriman yang dimuatnaik Info Roadblock JPJ/POLIS di Facebook, pasukan bomba telah dipanggil untuk melakukan sanitasi di luar dan dalam bangunan sebelum mangsa dikeluarkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Proses itu dikatakan bagi memberi keyakinan kepada anggota PDRM untuk membuat tugasan siasatan.
Punca kematian lelaki itu tidak diketahui dan masih dalam siasatan polis.
Gambar Via Info Roadblock JPJ/POLIS
Gambar Via Info Road block JPJ/POLIS
Gambar Via InforoadblockJPJ/POLISSumber: Info Roadblock JPJ/POLIS