Pekerja Gig Indonesia protes
Gambar: Antara News

Pekerja Gig Indonesia Rancang Protes Besar-Besaran  Esok, Tuntut 7 Perkara Ini

Iqbal Yasir

Pekerja Gig Indonesia Rancang Protes Besar-Besaran Esok, Tuntut 7 Perkara Ini

JAKARTA — Asosiasi pemandu e-hailing (ojek dalam talian) Garda Indonesia mengumumkan akan mengadakan demonstrasi besar-besaran esok di Istana Kepresidenan Jakarta, selain mematikan aplikasi secara beramai-ramai sebagai tanda solidariti, lapor CNN Indonesia.

Ketua Umum Garda Indonesia, Igun Wicaksono, menasihatkan orang ramai supaya mencari alternatif pengangkutan kerana majoriti pemandu dijangka menyertai protes tersebut.

“Sebahagian besar pengangkutan dalam talian akan mematikan aplikasi secara besar-besaran pada 17 September 2025 sebagai bentuk solidariti aksi demonstrasi ke Kementerian Perhubungan, Istana dan DPR RI,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Igun berkata, terdapat tujuh tuntutan utama yang akan diketengahkan.

Antaranya, mendesak kerajaan dan DPR memasukkan RUU Pengangkutan Dalam Talian ke dalam Prolegnas 2025-2026, mengurangkan potongan aplikator daripada 20 peratus kepada 10 peratus, serta mewujudkan peraturan kadar bayaran penghantaran barang dan makanan.

Selain itu, Garda menuntut audit menyeluruh terhadap potongan 5 peratus yang diambil oleh aplikator, penghapusan program seperti Aceng, Slot, Multi Order dan Keahlian Berbayar, pemecatan Menteri Pengangkutan Dudy Purwagandhi, serta siasatan penuh oleh Ketua Polis Negara, Jeneral Listyo Sigit Prabowo, berhubung tragedi 28 Ogos 2025 yang mengorbankan seorang pemandu e-hailing, Affan Kurniawan.

Menurut Igun, Hari Pengangkutan Nasional yang sepatutnya menjadi simbol kemajuan dalam sektor pengangkutan kini menjadi saat yang tepat untuk menyuarakan kekecewaan mereka terhadap kepimpinan Kementerian Pengangkutan di bawah Dudy Purwagandhi yang dilantik oleh Presiden Prabowo.

Sumber: CNN Indonesia

BACA: Demo Indonesia: Perhentian Bas, Pondok Polis & Tujuh Plaza Tol Dibakar