Pekerja Diberi Cuti
Kredit: AFP

Pekerja Diberi Cuti Untuk Main Black Myth: Wukong

Athirah

Pekerja Diberi Cuti Untuk Main Permainan Video

Sebuah syarikat di China memberi cuti kepada para pekerja untuk bermain permainan video baru Black Myth: Wukong.

Menurut The Straits Times, syarikat Sichuan Muziyang Technology turut mengeluarkan notis kepada para pekerja mengenai cuti sempena pelancaran permainan video itu.

Difahamkan, tujuan syarikat berkenaan adalah untuk menunjukkan sokongan kepada industri permainan China.

Ia sekaligus membenarkan pekerja untuk berkongsi pengalaman bermain permainan video itu bersama rakan sekerja dan pemain lain.

Platform strategi permainan China, Game Teahouse dilapor turut mengikut jejak langkah Sichuan Muziyang Technology memberikan cuti kepada pekerjanya.

Beri cuti untuk menunjukkan sokongan terhadap “Black Myth: Wukong”

Malah mereka turut mengedarkan salinan digital Black Myth: Wukong dan menggantikan semula wang untuk pekerja yang sudah membeli permainan tersebut.

Manakala penerbit permainan indie yang berpangkalan di Shanghai, Gamera Games pula dilaporkan memberi setiap pekerjanya versi digital Black Myth: Wukong.

“Black Myth: Wukong” yang dilancarkan pada 20 Ogos 2024 mendapat reaksi yang sangat positif dan dipuji sebagai antara permainan video paling berjaya dari negara berkenaan.

Syarikat lain turut menunjukkan sokongan yang sama

Permainan video ini diinspirasikan oleh novel epik Cina klasik abad ke-16 iaitu Journey To The West.

Malah, permainan video ini telah meraih lebih 400 juta yuan dalam pra-jualan sahaja dan memecahkan rekod untuk permainan domestik China.

BACA: Tanah Runtuh Di Taman Bunga Raya, Penghuni Berhampiran Diarah Kosongkan Kediaman

BACA: Muhammad Fakrul Pecah Rekod 400M Lari Berpagar Kebangsaan

BACA: Olimpiad Matematik Antarabangsa: 6 Pelajar Harumkan Nama Negara, Malaysia Catat Kedudukan Kedua Antara ASEAN

Sumber:

The Straits Times