KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) — Alliance Bank Malaysia Bhd (Alliance Bank) berkata seorang pekerjanya (yang tidak berurusan/bersemuka dengan pelanggan) telah diuji positif COVID-19 selepas beliau pulang dari Sabah pada 27 Sept, 2020.
Bank itu memaklumkan bahawa pekerja itu secara fizikalnya tidak hadir bekerja sejak 12 Sept, 2020 sebelum beliau berlepas ke Sabah.
“Pekerja ini tidak mempunyai sebarang hubungan/kontak fizikal dengan mana-mana pekerja lain di pejabat sejak hari berkenaan dan pada masa ini sedang menjalani rawatan perubatan di hospital kerajaan,” kata bank berkenaan dalam satu kenyataan hari ini.
Bank itu menambah ia akan terus mematuhi semua langkah-langkah keselamatan dan pencegahan selaras dengan garis panduan Kementerian Kesihatan.
Sumber: BERNAMA