
Beratus-ratus kakitangan di sebuah pejabat di Canary Wharf di London dihantar pulang ke rumah dalam situasi di tengah-tengah ketakutan terhadap koronavirus.
Firma tenaga Chevron telah bertanya kepada kira-kira 300 pekerjanya untuk bekerja secara jarak jauh di masa hadapan selepas ada pekerja yang dilaporkan mempunyai simptom-simpton selsema selepas pulang dari negara yang dijangkiti oleh virus bahaya tersebut.
Pekerja itu dihantar untuk menjalani ujian dan syarikat memberitahu kepadanya agar tidak kembali bekerja selagi keputusan masih belum keluar.
“Chevron terus memantau keadaan dengan sangat teliti, menggunakan panduan pihak berkuasa kesihatan antarabangsa dan tempatan. Kebimbangan utama kami adalah kesihatan dan keselamatan kakitangan kami dan kami mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengurangkan risiko pendedahan mereka,” kata seorang jurucakap syarikat berkenaan.
Beberapa jam kemudian, beberapa orang kakitangan di pejabat kedua London diberitahu supaya untuk bekerja dari rumah.

Menurut laporan yang dilihat oleh The Sun, perancangan ‘kes terburuk’ kerajaan meramalkan bahawa 80 peratus Brits mungkin boleh dijangkiti di mana dua peratus iaitu 500,000 orang boleh terbunuh.
Setiausaha Kesihatan Matt Hancock berkata nasihat rasmi telah diubah iaitu orang yang berada di mana-mana di Itali utara Pisa harus mengasingkan diri jika mereka mengalami simptom seperti selesema ketika mereka kembali ke UK.
Dua sekolah telah ditutup di UK dengan lebih banyak lagi kakitangan dan murid dihantar untuk dikuarantin.
Sumber:Metro UK