Peka, Ini Masalah Yang Sering Berlaku Pada “Gearbox” AT & CVT
Pengetahuan asas penjagaan komponen kenderaan amat penting lebih-lebih lagi ketika berdepan dengan situasi yang tidak dijangka.
Penggunaan yang terlalu esktrem tanpa pengetahuan kadangkala boleh “memakan diri” pemilik kenderaan sendiri akibat komponen dalaman kenderaan rosak.
Antara masalah yang sinonim didengari umum mengenai kenderaan adalah masalah kotak gear atau gearbox.
Umumnya, gearbox merupakan salah satu komponen yang berfungsi menyalurkan tenaga atau daya mesin ke komponen lainnya sehingga menghasilkan putaran mesin atau dalam bahasa yang mudah, mengubah gear ke gear yang lain.
Oleh itu, ia perlu dijaga dengan baik agar tidak menimbulkan pelbagai masalah. Jadi, untuk mengetahui dengan lebih lanjut mari kita ikuti perkongsian TikTok @jvautolube.hq di bawah.
Masalah Gearbox AT & Gearbox CVT
Gambar: TikTok @jvautolube.hqDalam video berkenaan, seorang lelaki menjelaskan masalah-masalah yang sering terjadi kepada gearbox kereta jenis Automated Transmission (AT) dan Continuosly Variable Transmission (CVT).
Masalah Gearbox AT
Menurutnya, masalah yang sering berlaku kepada kenderaan yang menggunakan gearbox jenis AT adalah di bahagian oil seal atau getah atau o ring di dalam gearbox.
Meskipun jenis gearbox ini dibekalkan dengan getah yang banyak, namun sekiranya salah satu getah di dalamnya rosak, ia berpotensi mengakibatkan dalaman gearbox kereta rosak dalam tempoh singkat.
Perkara ini boleh membuatkan pemilik kenderaan mengeluarkan duit poket untuk melakukan overhaul hanya kerana satu getah.
Macam Mana Nak Tahu Getah Gearbox AT Rosak?
Gambar: TikTok @jvautolube.hqLazimnya, getah gearbox AT yang rosak akan berubah sifat daripada lembut dan anjal kepada keras. Perkara ini berlaku jika tahap kepanasan di dalam gearbox adalah tinggi mengakibatkan getah berkenaan mengalami perubahan sifat.
Masalah Gearbox CVT
Gambar: TikTok @jvautolube.hqBerbeza pula dengan gearbox satu ini iaitu CVT yang sering mengalami masalah akibat steel bell, primary pulley dan secondary pulley.
Lebih-lebih lagi, gearbox ini tidak banyak menggunakan getah di dalamnya kerana sistem gearbox CVT menggunakan sistem tekanan (lebih kepada hydrolik). Manakala gearbox AT pula mengunakan sistem geseran.
Semoga bermanfaat.
Sumber: TikTok @jvautolube.hq