Danya Gamliel, 33 tahun seorang wanita yang berasal dari Melbourne, Australia merupakan seorang pegawai bank selama 14 tahun sebelum dia memutuskan untuk berhenti dan menjadi ‘peramal’.
Gamliel yang merupakan seorang pegawai pelaburan bank yang berjaya dan selama 14 tahun dia menguruskan dan berkhidmat untuk klien yang memiliki status aset yang tinggi nilainya.
Menurut Daily Star, wanita berjaya tersebut sayang akan pekerjaannya itu namun dia berasa sedih kerana dia tidak dapat menggunakan bakat uniknya dalam bidang yang sedang dia ceburi ketika itu.
Wanita yang berusia 33 tahun tersebut turut berkongsi bahawa dia merupakan peramal generasi yang ke-5 dalam keluarga sebelah ibunya, yang berasal dari Ukrain.
Selepas Gamliel meninggalkan kerjanya dan meneruskan bakatnya, keistimewaan Gamliel semakin bertambah kuat. Dia juga telah berjumpa dengan pelbagai jenis orang selama beberapa tahun ini. Dan daripada situ, pelbagai cerita menarik dia telah dengar.
Dahulu dia menawarkan perkhidmatan ramalan ini secara bersemuka, namun akibat pandemik yang melanda Gamliel akhirnya membuka perkhidmatan secara dalam talian di Zoom melalui paltform Instagram.
Sejak dari itu dia berjaya meraih income tiga kali ganda lebih banyak dari gajinya yang sebelum ini.
Walaupun bangga dengan kelebihan yang dia miliki, namun Gamliel masih tidak selesa memberitahu orang yang baru dia kenali yang dia merupakan seorang peramal sepenuh masa.
Lebih-lebih lagi kerana pekerjaannya sebelum ini merupakan bidang yang sangat dihormati oleh masyarakat.
Sumber: Daily Star