pegawai awam insentif hpa
Kredit: Bernama
Tiada Kategori

Pegawai Awam Lanjut Pengajian Akan Dapat Insentif HPA – Anwar

Sofea

Pegawai Awam Lanjut Pengajian Akan Dapat Insentif HPA – Anwar

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa insentif Hadiah Pengiktirafan Akademik (HPA) akan diberikan kepada pegawai awam yang memulakan dan menamatkan pengajian dengan perbelanjaan sendiri.

Perkara itu dimaklumkan olehnya di Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam Kali Ke-20 (MAPPA XX) pada Jumaat.

Menerusi kiriman di Facebook, pegawai awam itu terdiri daripada pengurusan dan profesional atau pelaksana.

Ganjaran akan diberikan sekali sepanjang perkhidmatan iaitu bagi yang melanjutkan pengajian dalam Ijazah Kedoktoran akan mendapat RM1,250. Manakala, bagi Ijazah Sarjana pula adalah sebanyak RM1,000 dan Ijazah Sarjana Muda sebanyak RM750. Bagi Diploma atau Setaraf, RM500 akan diberikan.

Insentif ini dijangka akan memanfaatkan seramai 91,672 pegawai awam dengan peruntukan sebanyak RM75.7 juta.

Anwar berkata insentif tersebut adalah sebahagian daripada usaha berterusan Kerajaan MADANI memperkukuh perkhidmatan awam.

“Ini juga sebagai tanda penghargaan kepada seluruh penjawat awam yang terus berusaha, berdisiplin dan komited merealisasikan agenda reformasi yang kita hasratkan bersama

“InsyaAllah, pengumuman lain untuk penjawat awam akan saya sampaikan dalam pembentangan Belanjawan 2026 pada Oktober ini,” katanya.

Sumber: Anwar Ibrahim