Bintang bola sepak Manchester United, Cristiano Ronaldo dilaporkan sekali lagi memecahkan rekod dunia apabila menjadi manusia pertama yang mempunyai 400 juta pengikut di Instagram.

Pemain yang berusia 37 tahun itu mempunyai 237 juta pengikut pada 27 September 2021, menjadikannya sebagai lelaki yang paling diikuti. Jumlah itu terus meningkat dan berkembang pesat dalam beberapa bulan.
Menurut Daily Mail, Ronaldo yang juga baru sahaja menyambut ulang tahun kelahirannya beberapa hari yang lalu mengucapkan terima kasih kepada semua peminatnya atas segala ucapan dan doa buatnya.
Sementara itu, individu lain yang paling banyak diikuti di Instagram ialah Kylie Jenner, yang berada di tempat kedua dengan 308 juta pengikut. Manakala, Lionel Messi menduduki tempat ketiga dengan 306 juta pengikut.
“Hidup seperti roller coaster, ada kerja keras, kelajuan yang tinggi, matlamat yang mendesak, dan jangkaan. Tetapi akhirnya semua berpunca daripada keluarga, cinta, kejujuran, persahabatan dan nilai yang menjadikan semuanya berbaloi, terima kasih untuk semua mesej,” katanya.
Ronaldo terlepas sepakan penalti dan gagal membantu pasukannya mara ke pusingan kelima piala FA, ketika Manchester United mengalami kekalahan kepada Middlesbrough menerusi sepakan penalti di Old Trafford pada malam Jumaat.
Sumber: Daily Mail