Di Twitter, Kementerian Komunikasi Dan Multimedia Malaysia mengeluarkan kenyataan mengenai beberapa berita palsu yang tular di media sosial.
Dalam kenyataan tersebut, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Pulau Pinang menafikan nota suara dalam bahasa Hokkien yang telah mendakwa kononnya seramai 18 anggota polis di Ibu Pejabat Polis Pulau Pinang dipercayai positif COVID-19.
Beliau menegaskan bahawa tiada anggota polis di Pulau Pinang yang positif COVID-19. Beliau juga menasihatkan orang ramai agar tidak menyebarkan berita yang tidak sahih sebaliknya merujuk terlebih dahulu melalui kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh pihak tertentu seperti MKN dah pihak polis bagi perkara yang berkaitan dengan COVID-19.

Sumber- Twitter KKMM