Kredit: PTS & PBAKL

PBAKL 2022 Ditangguh Ke 3-12 Jun

Faiz Mustafa

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2022 yang pada asalnya dijadualkan berlangsung pada Februari depan akan ditunda ke awal Jun tahun ini, maklum Urus Setia Tetap Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM), Mohd Khair Ngadiron.

Menurutnya, pindaan tersebut adalah disebabkan mahu memberi laluan kepada Kementerian Kesihatan (KKM) menggunakan fasiliti World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL) sebagai Pusat Pemberian Vaksin Mega.

“MBKM melalui mesyuarat Jawatankuasa Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur dan Tugas-Tugas Khas telah sebulat suara memutuskan tarikh PBAKL bagi tahun 2022 dipinda daripada 7 hingga 21 Februari 2022 kepada 3 hingga 12 Jun 2022 dengan mengambil kira cadangan tarikh pihak pengurusan World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL).

“Anjakan tarikh ini adalah disebabkan oleh penggunaan lokasi PBAKL iaitu WTCKL oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebagai Pusat Pemberian Vaksin Mega (Dos Penggalak) bermula pada 15 Januari hingga 15 Mac 2022,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sumber: MBKM

Sumber: Facebook PBAKL