Pavilion Reit Malls Mengundang Ketibaan Tahun Ular Dengan Tiga Sambutan Perayaan Yang Istimewa
KUALA LUMPUR, 13 Januari 2025 – Bersempena dengan ketibaan Tahun Ular yang bertuah, Pavilion REIT Malls mengubah wajah pusat beli-belah utamanya menjadi destinasi perayaan yang menakjubkan. Pavilion Kuala Lumpur menjemput pengunjung untuk menikmati suasana perayaan hingga 12 Februari 2025, manakala Intermark Mall dan Da Men Mall melanjutkan sambutan perayaan mereka hingga 16 Februari 2025. Setiap destinasi menawarkan sambutan unik yang menggabungkan tradisi, kemewahan dan kekayaan budaya untuk sambutan Tahun Baru yang tidak dapat dilupakan.
Di Pavilion KL, nikmati Prosperity in Harmony di mana tradisi bertemu dengan kemewahan. Ruang ikonik Centre Court pusat beli-belah tersebut dihidupkan dengan keindahan kanopi tanglung merah yang menakjubkan — satu mercu tanda mempesona yang melambangkan tuah serta semangat kebersamaan. Setiap tanglung yang dihasilkan dengan penuh kehalusan seni ini membawa kisah yang berakar dalam budaya Cina, mengundang keberkatan kekayaan, kesihatan, dan kejayaan dalam perjalanan hidup.
Perjalanan kemakmuran diteruskan apabila anda menaiki tangga menuju Spanish Steps yang terkenal, di mana penjaga ular simbolik menanti untuk menyampaikan keberkatan mereka — setiap satunya melambangkan laluan yang berbeza menuju kemakmuran.
Sempena Tahun Baru Cina ini, Pavilion KL turut menghayati semangat memberi melalui satu inisiatif komuniti yang bermakna. Sebanyak 68 kepala singa yang dihasilkan dengan penuh seni dan kehalusan, disumbangkan oleh penyewa pusat beli-belah yang dihormati, akan didermakan kepada sekolah-sekolah rendah tempatan. Usaha ini bertujuan untuk menyebarkan kegembiraan dan menyokong pendidikan dalam komuniti. Ia bukan sahaja melambangkan keindahan tradisi, tetapi juga semangat memberi yang menjadi teras perayaan ini. Inisiatif ini bertujuan untuk memberi inspirasi serta memupuk rasa perpaduan dan kebersamaan dalam kalangan generasi muda.
Selain itu, nantikan kolaborasi global yang luar biasa tahun ini! Dengan kerjasama yang diteruskan dengan Lancôme, Pavilion KL mempersembahkan kolaborasi istimewa bagi meraikan ulang tahun ke-90 jenama kecantikan tersebut. Abadikan detik-detik ajaib di pemasangan Paris Rose yang menakjubkan di Lancôme oleh artis terkenal antarabangsa, Cai Guo-Qiang, dan nikmati kesenian termaju di pop-up Tahun Baru URBAN REVIVO di Connection, Tingkat 3, untuk pengalaman perayaan yang mengasyikkan.

Selepas kejayaan “Happy Long Long Way” tahun lepas, Pavilion KL meneruskan kerjasama eksklusifnya dengan Astro, yang mempersembahkan tema istimewa mereka untuk Tahun Baru kali ini, “Be Joyful. Share the Prosperity”. Di samping maskot ular Xilele yang menarik di Spanish Steps, kerjasama itu turut menampilkan beberapa siri penampilan selebriti di Centre Court sepanjang tempoh perayaan.
Di samping itu, pengunjung Pavilion KL boleh menikmati ganjaran eksklusif musim ini. Mulai sekarang hingga 12 Februari 2025, dapatkan Prosperity Ang Pow dengan setiap RM300 yang dibelanjakan dalam satu resit di kedai terpilih. Pelancong antarabangsa dengan kad UnionPay boleh menikmati ganjaran istimewa dengan perbelanjaan minimum RM1,000. Pengguna Kad Kredit atau Kad Caj Maybank yang membelanjakan RM1,500 atau RM3,500 dalam satu resit akan menerima set Lion Chopstick (bernilai RM80) atau set Prosperity Lion Tea Pavilion KL oleh Yu Yan (bernilai RM268), termasuk 12 sachet daun teh aromatik.
Di Intermark Mall, imbas kembali ke masa lalu dengan Vintage Lunar Splendour, di mana kemewahan Shanghai Lama menjadi nyata. Atrium Tingkat Bawah berubah menjadi teater nostalgia yang glamor dengan hiasan menakjubkan yang diinspirasikan oleh zaman kegemilangan Bund. Keajaiban suasana ini meraikan keanggunan, kebudayaan dan warisan seni era tersebut, untuk pengalaman yang memukau bagi semua pengunjung.
Antara tarikan yang mengasyikkan ialah persembahan Tarian Singa dan persembahan Golden Tunes oleh Serena See. Pengunjung juga boleh menikmati pesona vintaj melalui bengkel khas, seperti DIY Rouge Making oleh Sutekina Handmade, dan mencipta kenangan abadi dengan sesi makeover dan fotografi penuh glamor di Makeover Studio oleh YoungGeneration Studio.

Hingga 16 Februari, Bazar Tahun Baru Cina di pusat beli-belah tersebut juga akan menawarkan barangan keperluan perayaan dan hadiah daripada peruncit premium termasuk Jaya Grocer, Hank’s, Living Circles Concept dan pereka fesyen terkenal Malaysia, Carven Ong. Selain itu, sebagai inisiatif bermakna, Intermark Mall menjemput pengunjung untuk menderma kain terpakai di tong pengumpulan yang diletakkan di Concierge, Tingkat Bawah.
Bahan-bahan ini akan dikitar semula oleh Carven Ong untuk dijadikan kantung yang akan tersedia untuk dibeli semasa musim Raya Aidilfitri. Bazar yang istimewa ini bukan sahaja melengkapkan suasana nostalgia Shanghai Lama tetapi juga menyerlahkan komitmen pusat beli-belah itu terhadap kelestarian dan pemeliharaan budaya.
Intermark Mall juga akan memberi ganjaran kepada pengunjung dengan penebusan perayaan eksklusif. Belanja RM188 (RM150 untuk pemegang kad Public Bank) dalam satu resit untuk menerima paket Ang Pow edisi terhad. Kumpul cawan edisi khas, dengan dua reka bentuk baharu yang dikeluarkan setiap dua minggu, dan lengkapkan set dengan 6 cawan apabila anda membelanjakan RM388 (RM288 untuk pemegang kad Public Bank).
Untuk pengalaman yang lebih memukau, pengunjung yang membelanjakan RM688 dan ke atas boleh menikmati sesi makeover dan fotografi Vintage Lunar Splendour bernilai RM790 secara percuma (terhad kepada lima pengunjung pertama setiap Jumaat dan Sabtu). Mereka yang berbelanja RM388 dan ke atas boleh menikmati pengalaman yang sama pada harga istimewa RM88 (harga biasa RM288). Selain itu, pengunjung dengan pembelian tertinggi di pusat beli-belah itu akan menerima Sesi Potret Keluarga bernilai RM2,988.

Di Da Men Mall, Fortune Blossoms New Year meraikan kemakmuran dan permulaan baharu dengan tema bunga yang indah. Tingkat Bawah pusat beli-belah itu dihidupkan dengan hiasan yang menakjubkan termasuk bunga peony yang elegan, fortune blossom tree yang megah dan gerbang kemakmuran yang menawan.
Selain itu, Da Men Mall juga menampilkan persembahan tarian singa akrobatik yang terhebat pada hujung minggu terpilih pada bulan Januari dan Februari. Pengunjung turut berpeluang untuk menyelami kekayaan warisan tarian singa melalui bengkel interaktif untuk meneroka evolusi menarik tarian tersebut yang berasal daripada tradisi Dinasti Tang.
Pengunjung Da Men Mall boleh menyertai program ganjaran perayaan dengan membelanjakan RM80 dalam gabungan maksimum dua resit untuk menerima paket eksklusif Blossom Ang Pow (terhad kepada dua paket bagi setiap pelanggan untuk satu resit setiap hari). Selain itu, Fortune Lucky Spin menanti mereka yang membelanjakan RM180 di seluruh pusat beli-belah (RM280 dengan resit Jaya Grocer) dengan gabungan maksimum dua resit. Bazar Tahun Baru Cina di pusat beli-belah itu juga menawarkan pelbagai pilihan barangan keperluan perayaan dan hadiah istimewa.
Tahun Baru Cina ini, pengunjung berpeluang untuk menikmati tiga cara yang unik untuk meraikan perayaan yang istimewa ini: kemegahan kontemporari di Pavilion KL, tarikan nostalgia di Intermark Mall, atau kemakmuran yang berkembang mekar di Da Men Mall. Setiap destinasi menjanjikan sambutan yang mempesonakan yang memupuk semangat pembaharuan dan kemakmuran dengan sempurna, khas untuk mencipta kenangan ajaib bersama keluarga dan rakan terdekat sepanjang musim perayaan ini.
Untuk maklumat lanjut, sila layari: