Gambar: News Detik

Pasukan Penyelamat Tak Tolak Kemungkinan KRI Nanggala Mungkin Dihanyutkan Arus Laut

Nur Adnin

Tentera Nasional Indonesia tidak menolak kemungkinan bahawa kapal selam yang dilaporkan hilang di Laut Bali, KRI Nanggala mungkin dihanyutkan oleh arus laut ke suatu lokasi tertentu, ular jurucakap TNI Mayjen Achmad Riad.

“Ya boleh saja arus bawah laut membawa semuanya ketika kapal itu berusaha untuk terapung, boleh terbawa ke mana-mana,” katanya dalam sidang media hari ini.

Walaupun KRI Nanggala kini sudah terputus hubungan dan hilang, namun jelas Achmad, satu-satunya kaedah yang boleh mengesan kedudukan kapal selam tersebut adalah sonar (navigasi bunyi dan jarak jauh).

Sebelum ini, pihak mencari dan menyelamat (SAR) dilapor terkesan satu objek bermagnetikan tinggi dipercayai tangki oksigen kapal selam tersebut pada kedalaman 50 ke 100 meter bawah paras laut.

Bagaimanapun tiada laporan terkini mengenai penemuan objek tersebut setakat ini.

Selain itu, kerja-kerja SAR perlu dipertingkatkan ekoran ‘jangka hayat’ KRI Nanggala 402 hanya mampu bertahan sehingga 3 pagi ini nanti.

Ini kerana bekalan oksigen yang ada selepas terputus hubungan kelmarin hanya bertahan selama 72 jam sahaja.

Sumber: News Detik