Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu perkongsian menerusi akaun Facebook rasminya menyeru kepada semua barisan hadapan untuk memasang niat berkhidmat memerangi virus COVID-19 kerana Allah S.W.T
Menurut kenyataan yang dikeluarkannya, dengan berbuat sedemikian, segala pengorbanan dan beban kerja diharap akan dipermudahkan.
Tambahnya lagi, soal ajal maut itu hanya ditentukan oleh Allah S.W.T sahaja.
Beliau juga turut mengajak semua barisan hadapan untuk teruskan bertawakkal kepada Allah S.W.T
Sumber: Noor Hisham Abdullah