Pasport Singapura
Kredit Henley and Partners

Pasport Singapura Kini Paling Berkuasa Di Dunia Pintas Jepun

Syed Faisal Sayed Muhammad

Pasport Singapura Kini Paling Berkuasa Di Dunia Pintas Jepun

Singapura dilaporkan telah memintas Jepun dalam kategori pasport paling berkuasa di dunia, menurut Indeks Pasport Henley.

Memetik CNBC, pasport Singapura kini boleh membenarkan pemegangnya masuk tanpa visa ke 192 destinasi daripada 227 negara di seluruh dunia.

Kedudukan pasport global bagi tahun 2023 telah dijalankan berdasarkan data yang disediakan oleh Pihak Berkuasa Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA).

IATA telah menyenaraikan pasport dunia berdasarkan bilangan destinasi yang boleh diakses oleh pemegangnya tanpa visa masuk.

Negara Jerman, Itali dan Sepanyol masing-masing berada di tempat kedua dengan rakyat mereka dibenarkan melawat ke 190 destinasi global.

Jepun yang mendahului senarai pada tahun lepas kini telah tergelincir ke tempat ketiga dengan pasportnya membenarkan akses bebas tanpa visa ke 189 destinasi.

Jumlah itu telah berlaku penurunan pada sebelum ini dengan jumlah keseluruhan sebanyak 193 pada tahun 2022.

Selain Jepun, beberapa pasport lain yang menduduki tempat yang sama iaitu ketiga ialah Austria, Finland, Perancis, Luxembourg, Korea Selatan dan Sweden.

Dalam pada itu, negara United Kingdom telah melonjak dua anak tangga untuk menduduki tempat keempat, setelah merosot pada enam tahun kebelakangan ini.

“Trend umum dalam sejarah kedudukan 18 tahun adalah ke arah kebebasan perjalanan yang lebih besar,” kata Henley and Partners dalam satu kenyataan akhbar.

Kredit Henley and Partnes

Ulangi kedudukan pertama pada tahun 2021 yang lalu

Pada sebelum ini, pasport Singapura pernah menduduki tempat pertama pada tahun 2021 dengan akses ke 194 destinasi.

Dalam 10 tahun yang lalu, Singapura telah meningkatkan markahnya sebanyak 25 lalu melonjakkan negara itu sebanyak lima anak tangga untuk menduduk tempat teratas.

Di sebalik 10 negara teratas, Amerika Syarikat telah menyaksikan peningkatan terkecil dalam skor indeksnya sepanjang dekad yang lalu, kata perunding migrasi pelaburan AS.

Kini negara itu menduduki tempat kelapan dalam indeks pasport tersebut.

BACA: Ada Mulut Rupanya, Baru Tahu Macam Mana Cara Siput Makan

“Ceritanya mudah, AS telah ketinggalan,” kata rakan teknologi bandar di Institut Jacobs Cornell Tech, Greg Lindsay.

Beliau menegaskan bahawa negara itu telah ‘terus diatasi’ oleh Korea Selatan, Jepun dan Singapura.

Selain itu, Henley and Partners berkata bahawa pasport bukan sekadar dokumen perjalanan. Pasport yang kukuh menyediakan kebebasan kewangan yang ketara apabila melibatkan pelaburan antarabangsa dan peluang perniagaan.

Sumber: CNBC