Gambar: Mirror

Pasangan Namakan 11 Anak Guna 4 Huruf A, L, E & X Je, Hanya ‘Pusing-pusing’ Untuk Setiap Anak

Zahirah

Gwenny Blanckaert dan Marino Vaneeno pasangan suami isteri dari Belgium, menggunakan empat huruf sama untuk menamakan 11 orang anak mereka.

Menurut Mirror, huruf yang digunakan pasangan itu ialah A, L, E, dan X bagi menamakan 7 orang anak gadis dan 4 orang anak lelaki mereka. Mereka turut menanti kelahiran anak mereka yang ke-12 pada April tahun hadapan.

Dua tahun lalu, Gwenny, 32, dan suaminya Marino, 39, menamakan anak pertama mereka bersempena nama bapa tiri suaminya iaitu Alex. Kata mereka nama tersebut sangat cantik. Kemudian apabila anak kedua mereka dilahirkan mereka menamakannya Axel.

Waktu itu mereka baru sedar yang kedua anak mereka memiliki nama dengan huruf yang sama. Dan bermula dari situ mereka merangka nama anak mereka yang seterusnya menggunakan empat huruf yang sama ini.

Nama anak:

  1. Alex (13)

  2. Axel (12)

  3. Xela (11)

  4. Lexa (10)

  5. Xael (9)

  6. Xeal (8)

  7. Exla (5)

  8. Leax (4)

  9. Xale (2)

  10. Elax (1)

  11. Alxe (6 bulan)

Gwenny turut berkongsi cerita gembira yang mereka akan menimang cahaya mata yang seterusnya. Dan melengkapkan sejumlah 12 orang anak. “Dia ialah seorang lelaki. Dan dia adalah anak yang terakhir, dan ini akan menjadikan keluarga kami 7 perempuan dan 5 lelaki,” katanya.

Nama yang menggunakan empat huruf itu juga dikatakan mempunyai 24 nama yang berbeza. Namun Gwenny dan Marino menekankan bahawa, mereka tidak merancang untuk mempunyai anak lebih dari itu.

“Dari mula kami memang mahukan anak seramai 12 orang, dan tidak akan berubah. Keluarga kami akan sempurna bila cukup semua 12 orang anak kami di meja makan,” kata Gwenny.

Sumber: Mirror