Sepasang suami isteri di Perancis mendakwa menemui sesuatu yang tidak terjangka ketika keluar berjalan-jalan, mereka terkejut apabila menemui nota yang hilang lebih 110 tahun yang lalu.
Mereka dipercayai melalui sebuah padang di Ingersheim, timur laut Perancis pada bulan September dan menemui sebuah kapsul logam kecil.
Di dalamnya dipercayai terdapat pesanan yang ditulis oleh seorang Prussian solider pada tahun 1910 atau 1916.
Askar infanteri itu berpusat di sebuah kawasan di sebelah Ingersheim yang merupakan sebahagian dari Jerman pada ketika itu.
Pasangan itu membawa hasil penemuan mereka ke Muzium Peringatan Linge di Orbey yang dikhaskan untuk salah satu pertempuran paling berdarah pada Perang Dunia I.
Gambar Via Daily MailKurator muzium, Dominique Jardy, sangat gembira dengan penemuan surat ‘luar biasa’ yang katanya ditujukan kepada pegawai atasan.
“Ketika pesanan ini ditunjukkan, saya teruja seperti orang gila. Ini adalah kali pertama saya melihat sesuatu seperti ini dalam tempoh 40 tahun bekerja,” katanya.
Dia juga meminta pertolongan dari seorang rakan Jerman untuk menyahsulit pesanan itu yang sukar untuk dibaca.
Gambar Via Daily MailSetelah diselidiki, pesanan tersebut sebenarnya ditulis pada kertas tracing oleh seorang askar yang bernama Gänsbert dari rejimen infanteri Colmar ke-171.
“Platun Potthof menerima tembakan ketika mereka sampai di sempadan barat tanah perbarisan, platun Potthof melepaskan tembakan dan berundur setelah beberapa saat.
Gambar Via Daily Mail“Di Fechtwald setengah platun dilumpuhkan. Platun Potthof berundur dengan kerugian besar,” kata askar di dalam pesanan tersebut.
Pesanan tersebut akan ‘bergabung’ dengan pameran tetap muzium.
Burung merpati memainkan peranan penting dalam komunikasi semasa Perang Dunia Pertama dan digunakan oleh semua pihak untuk menyampaikan mesej penting.
Biasanya, nota seperti ini akan dimasukkan ke dalam kapsul logam dan dilekatkan pada kaki merpati sebelum ia dilepaskan. Ia juga dipercayai membawa pesanan dengan kelajuan 40 batu per jam.
Sumber: Daily Mail