Pasangan didakwa melakukan pembunuhan selepas seorang kanak-kanak perempuan, Rylee Rose berusia 3 tahun mati lemas di dalam kereta. Pasangan tersebut berusia 37 dan 29 tahun dilapor menonton Netflix sehingga terlupa keberadaan kanak-kanak perempuan tersebut.
Menurut laporan, mangsa dikejarkan ke Hospital Universiti Townsville tetapi tidak dapat diselamatkan lagi kerana terperangkap terlalu lama dengan suhu mencecah 32C.
Menurut Buletin Townsville, pihak polis berkata pasangan itu dalam perjalanan pulang dari menghantar kakak kepada mangsa ke sekolah dan pada ketika itu pula, mangsa sedang tidur di tempat duduk belakang.
Sebaik tiba di rumah, pasangan tersebut terus melangkah masuk ke dalam rumah dan menonton Netflix tanpa menduga mereka tertinggal mangsa yang sedang tidur di dalam kereta yang berkunci.
Setelah beberapa jam, pasangan tersebut ingin keluar untuk mengambil kakak mangsa dan mereka baru menyedari mangsa yang masih berada di dalam kereta yang terkunci tersebut.
Menurut laporan, pasangan berkenaan akan tinggal berasingan serta akan dihadap ke makhamah pada 24 Febuari nanti. Bahkan, pihak polis akan meneruskan suasatan atas kematian mangsa.
Sumber: News.Com.Au