PAS Tidak Letak Syarat, Serah Kepada PM Bentuk Kabinet – Hadi Awang

Edayu

KUALA LUMPUR, 4 Mac – PAS menyerahkan sepenuhnya kepada kebijaksanaan Perdana Menteri yang baharu, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk membentuk Jemaah Menteri dalam masa terdekat tanpa sebarang syarat dan pemintaan.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata antara saranan yang diutarakan beliau termasuk individu yang dilantik menganggotai Kabinet perlu terdiri dalam kalangan yang berintegriti, berkelayakan, berkemahiran dan mewakili masyarakat majmuk.

“ Saya menghargai jemputan Muhyiddin untuk memberikan pandangan awal berkenaan pembentukan Kabinet yang baharu,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

“Saya turut menyarankan supaya dilibatkan kalangan profesional untuk membantu kerajaan dalam usaha meningkatkan tahap ekonomi, pendidikan, kesihatan dan kebajikan rakyat,” katanya.

Selain itu, Abdul Hadi berkata beliau turut menyarankan agar fungsi Hisbah (ombudsmen) diwujudkan dalam pentadbiran.

Sumber: Bernama