Perdana Menteri, Yab Tan Sri Dato’ Hj. Muhyiddin Bin Hj. Mohd Yassin mengumumkan bahawa kerajaan akan memperkenalkan program My30 – pas perjalanan bulanan tanpa had untuk orang ramai yang menggunakan pengangkutan awam.
Menurutnya, pas perjalanan tersebut berharga serendah RM30 sebulan yang bersamaan seringgit sehari untuk menikmati pas perjalanan tanpa had bagi semua pengangkutan awam di bawah seliaan Prasarana di Lembah Klang.
Tambahnya lagi, inisiatif itu hanya terbuka untuk semua warganegara sahaja dan akan berkuatkuasa mulai 15 Jun ini sehingga hujung 2020.
Dalam pada itu, beliau juga turut mengingatkan kepada orang ramai supaya sentiasa mematuhi SOP dan mengamalkan penjarakan sosial ketika menggunakan pengangkutan awam.
Sumber: Bernama