Ada Kuman Serang Otak Ainul
Gambar: Ahmad Safiuddin/ Nurul Erwani
Tiada Kategori

“Paru-Paru Penuh Tompok Putih,” Ainul Masih Kritikal, Bapa Mohon Doa Dari Orang Ramai

Sofea

“Paru-Paru Penuh Tompok Putih,” Ainul Masih Kritikal, Bapa Mohon Doa Dari Orang Ramai

Malaysia hari ini dikejutkan dengan berita mengenai keadaan adik Ainul Mardhiah yang kini berada dalam keadaan kritikal di Pediatric Intensive Care Unit (PICU) dipercayai akibat jangkitan kuman.

Bapanya, Ahmad Safiuddin telah memberikan kemas kini terbaru berhubung keadaan Ainul pada ketika ini.

Menurutnya, jangkitan kuman pada kali ini agak kuat dan merebak dengan sangat cepat sehingga meletakkan Ainul di tahap kritikal.

“Ainul dapat jangkitan kuman dan kemungkinan ada sekali virus. Serangan kali ini agak kuat dan cepat. Serangan di tahap kritikal,” katanya.

Gambar: Ahmad Safiuddin

Menerusi kenyataan di Facebook miliknya, Safiuddin juga memaklumkan bahawa Ainul mula menunjukkan tanda-tanda sakit sejak Jumaat yang lalu.

“Itu pun hanya batuk tahap biasa dan rembesan mula banyak. Tapi belum demam hari jumaat itu. Kami sudah bersedia dengan PCM jika demam sebab Ainul sebelum ini memang dua tiga kali pernah kena.

“Sebelum ini pun waktu covid mengganas, kami pergi klinik pakar kanak-kanak untuk periksa Ainul. Setakat itu, bila doktor tengok keadaannya, doktor kata boleh ambil antibiotik dan rawat di rumah dulu. Alhamdulillah, sembuh selepas tiga ke empat hari.

“Hari sabtu (hari kedua), Ainul mula muntah sedikit setiap kali feeding dan nampak dia tak aktif. Suhu meningkat sikit. Kami beri PCM dan tuam badannya. Kami mula beri Ainul pump berwarna biru.

“Sabtu tengah malam waktu feeding, Ainul muntah semua susu yang dia minum dan cirit birit. Begitu juga pada awal pagi ahad,” ujarnya.

Gambar: Nurul Erwani

Tambahnya lagi, apabila keadaan Ainul dilihat masih belum membaik pada hari ketiga, dia dan isterinya membawa kanak-kanak itu ke doktor untuk membuat pemeriksaan.

Setelah diperiksa, Ainul diminta untuk terus dibawa ke hospital dengan segera.

“Keluar klinik, saya terus cari kecemasan berdekatan. Bila dah buat pemeriksaan, Ainul perlu ditahan wad untuk pemeriksaan lebih lanjut.

“Prosedur X-ray dibuat ke atas Ainul dan nampak paru-parunya penuh tompok putih, begitu juga pada ususnya.

“Doktor kata, dalam tempoh tiga hari jangkitan kuman dia sangat kuat dan pantas,” jelasnya.

Ujarnya lagi, doktor memutuskan untuk menggunakan ventilator kerana kuman atau virus sudah mula merebak hampir di semua tempat.

Safiuddin juga memohon agar orang ramai terus mendoakan anaknya kembali sihat seperti sedia kala.

“Sekarang ini kita hanya perlu tunggu dan berdoa, apakah respon tubuh Ainul. Mohon doakan Ainul berjaya lawan ye,” katanya.

Sumber: Ahmad Safiuddin