Lantik AI Sebagai Pemimpin
Kredit: Bernama

Parti Politik Jepun Lantik AI Sebagai Pemimpin

Athirah

Parti Politik Jepun Lantik AI Sebagai Pemimpin

Sebuah parti politik di Jepun mengumumkan bakal melantik kecerdasan buatan (AI) sebagai pemimpin selepas pengasasnya meletak jawatan berikutan prestasi teruk parti itu dalam pilihan raya pada 16 September lalu, lapor AFP.

Parti “Path to Rebirth”, yang ditubuhkan pada Januari lalu oleh Shinji Ishimaru, bekas datuk bandar sebuah bandar kecil di barat Jepun, tidak mempunyai platform dasar khusus dan membenarkan ahlinya menetapkan agenda masing-masing.

Ishimaru sebelum ini mengejutkan orang ramai apabila mendapat tempat kedua dalam pilihan raya Gabenor Tokyo 2024 hasil kempen dalam talian yang berjaya.

Bagaimanapun, beliau meninggalkan parti itu selepas gagal memenangi sebarang kerusi dalam pilihan raya dewan pertuanan tahun ini.

Parti politik tersebut masih bergelut untuk memenangi kerusi

“Ketua baharu ialah AI,” kata Koki Okumura, pelajar kedoktoran dalam bidang penyelidikan AI yang memperkenalkan dirinya sebagai pembantu kepada ketua baharu pada sidang media.

Pelajar Universiti Kyoto berusia 25 tahun itu memaklumkan butiran mengenai AI itu masih belum diputuskan, termasuk bila dan bagaimana ia akan dilaksanakan.

“AI tersebut tidak akan menentukan aktiviti politik ahli parti, sebaliknya memberi tumpuan kepada keputusan seperti pengagihan sumber parti dalam kalangan mereka,” kata Okumura yang secara rasmi memegang jawatan ketua parti itu.

AFP melaporkan beliau telah memenangi pertandingan dalaman parti untuk menggantikan Ishimaru.

Walaupun menarik perhatian media, parti Path to Rebirth masih bergelut untuk memenangi kerusi.

Kesemua 42 calonnya kalah dalam pilihan raya dewan perhimpunan Tokyo pada Jun lalu, manakala 10 calon yang bertanding dalam pilihan raya dewan pertuanan pada Julai turut mengalami kekalahan.

BACA: Rakyat Malaysia Bakal Menerima Subsidi RON95 Mulai 30 September Ini
BACA: Selalu Selamatkan Orang, Kali Ini Bomba Pula ‘Terperangkap’ Dalam Lif
BACA: Untuk Pengguna Perodua, Ini Risiko Jika Tertekan ‘Push Start Button’ Ketika Memandu
BACA: Mekanik Dedah 8 Kesilapan Kecil Yang Boleh Rosakkan Kereta, No.7 Ramai Selalu Buat
BACA: Wanita Warga Asing Minta Bantuan Ramai Jejaki Keluarga Angkat Di Kelantan

Sumber: AFP