
Om Pathak, Setiausaha bagi Jawatankuasa Disiplin Pusat BJP mengatakan bahawa tertuduh, juga seorang penggubal undang-undang menyatakan pandangan yang bertentangan dengan pendirian parti, sekali gus jelas melanggar perlembagaan negara tersebut, dalam satu notis yang ditujukan kepada tertuduh.
Pathak meminta tertuduh untuk memberikan tunjuk sebab dalam masa sepuluh hari daripada tarikh notis tersebut dikeluarkan. Tertuduh perlu memberikan sebab mengapa dia tidak patut digugurkan daripada parti tersebut.
Sebelum ini, All India Majlis-e-Itehadul Muslimeen (AIMIM) pimpinan Asaduddin Owaisi telah mengadakan protes di hadapan pejabat ketua Polis Hyderabad, menuntut individu tersebut ditangkap segera. Mereka akan menjadi lebih agresif jika tertuduh tidak ditangkap dalam tempoh 24 jam. Individu tersebut juga sering menjadi tumpuan media kerana ucapannya yang berbaur hasutan.

Pihak polis telah menghalang beberapa penunjuk perasaan ketika mereka cuba untuk memecah masuk ke dalam pejabat pesuruhjaya. Amanullah Khan, seorang pemimpin tempatan berkata bahawa lebih 200 penganut agama Islam ditahan semasa protes berlangsung.
Tertuduh telah membuat komen yang tidak sepatutnya selepas BJP menggantung Nupur Sharma dan memecat beberapa pegawai lain selepas kenyataan mereka mengenai Nabi Muhammad S.A.W telah mencetuskan perbalahan diplomatik.
Negara-negara di Barat dan Asia Tenggara memberikan kecaman terhadap komen tersebut. Kuwait, Qatar dan Iran adalah sebahagian daripada negara-negara yang mendesak kedutaan India di negara mereka untuk membantah tindakan mereka.
Mahkamah Tinggi menyelar tindakan Sharma dengan memberikan kenyataan “lidahnya yang longgar telah membakar seluruh negara”. Sharma membuat kenyataan itu semasa perbahasan dalam sebuah rancangan televisyen dan mencetuskan kemarahan di beberapa bahagian negara tersbut.

G Koteshwara Rao, seorang pegawai polis tempatan mengatakan bahawa tertuduh kini ditahan atas tuduhan di bawah Seksyen Kanun Keseksaan India termasuk 153A (menggalakkan permusuhan antara kumpulan yang berbeza atas alasan agama).
Dalam satu laporan polis, seorang aktivis bernama Wajihudiddin Salman berkata bahawa tertuduh telah menggunakan bahasa kesat terhadap Nabi Muhammad S.A.W dalam sebuah video yang dimuat naik dalam saluran YouTube, Shree Ram Channel Telangana lewat malam Isnin. Video itu kemudiannya dipadamkan dari saluran tersebut.

Sumber: Hindustan Times